Tindak balas Deepfake

Pengesanan

Kebanyakan kajian ilmiah berkenaan teknologi ini bertujuan mencari video yang terubah.[58] Kaedah yang paling terkenal ialah penggunaan algoritma yang mirip dengan algoritma yang digunakan untuk membangunkan deepfake sebagai kaedah pengesanannya.[58] Ketidaktekalan tidak ketara mampu dikenal pasti oleh algoritma melalui pengecaman corak penciptaan deepfake.[58] Pengkaji telah membangunkan sebuah sistem kendiri yang memeriksa video untuk mengenal pasti ralat-ralat seperti corak kedipan pencahayaan yang tidak teratur.[13] Kaedah ini juga telah menerima kritikan kerana mencipta keadaan "Gawang Gol Bergerak" iaitu semakin baik algoritma pengesanan berjalan, semakin baik pula palsuan sebegini mengelak pengesanan.[58] Cabaran Mengesan Palsu Tulen (The Deepfake Detection Challenge) yang dianjurkan oleh campuran beberapa syarikat tekonologi terkemuka mempunyai harapan memacu teknologi pengenalpastian kandungan yang telah dimanipulasi.[9]

Kaedah lain menggunakan blok rantai untuk menentusahkan sumber bahantara.[59] Video perlu disahkan melalui sebuah lejar sebelum dipaparkan di pelantar media sosial.[59] Teknologi ini akan mengurangkan penyebaran bahantara ini dengan hanya meluluskan video daripada sumber yang dipercayai.[59]

Selebriti

Pelakon Amerika Syarikat Scarlett Johansson kerap menjadi sasaran bahan lucah diterapkan teknologi sedemikian bercakap secara umum mengenai hal tersebut dalam suatu lidah pengulas akhbar The Washington Post pada Disember 2018.[12] Dalam suatu kenyataan yang disediakannya, beliau meluahkan bahawa tidak akan ada cubaan menghapuskan mana-mana video yang diolah mempergunakan mukanya atas alasan imej umumnya tidak akan terjejas dan terdapat undang-undang merentas negara yang bercanggah di samping sifat budaya internet mengakibatkan apa-apa usaha yang dilakukan hanya akan mendatangkan kegagalan biarpun terdapat kebimbangan.[12] Beliau turut menyatakan kepercayaannya bahawa walaupun selebriti yang cukup terkenal sepertinya terlindung daripada ancaman deepfake, masih terdapat ancaman-ancaman bagi mereka yang kurang terkenal yang boleh dirosakkan maruah mereka oleh penggambaran rupa mereka dalam bahan lucah deepfake tanpa kebenaran atau pelucahan dendam.[12]

Tindak balas internet

Pada Februari 2018, Pornhub menyatakan bahawa sebarang video menerapkan pemalsuan ini akan diharamkan di tapaknya kerana video ini melibatkan “kandungan tanpa kebenaran” yang melanggar terma perkhidmatan.[60] Sebelum itu, Pornhub ada menyatakan kepada Mashable bahawa kandungan yang ditandai atau dilaporkan sebagai deepfake akan dialih keluar.[61] Penulis daripada Motherboard daripada Berita BuzzFeed melaporkan bahawa gelintaran “deepfakes” di Pornhub masih menunjukkan beberapa video terkini menggunakan pengolahan ini.[60]

Dalam bulan yang sama, wakil daripada Twitter menyatakan bahawa mereka akan menggantung akaun yang disyaki menghantar kandungan diolah muka tanpa kebenaran.[24] Tapak pengehosan GIF, Gfycat, dan tapak sembang, Discord, juga membuat perancangan untuk mengharamkan kandungan palsu tulen daripada pelantar masing-masing.[62] Di Reddit, subreddit r/deepfakes telah diharamkan pada 7 Februari 2018 kerana pelanggaran polisi "bahan lucah tanpa kebenaran".[63][64][65][66][67] Pada September 2018, Google menambah "imejan lucah tiruan tanpa kebenaran” ke dalam senarai pengharamannya untuk membenarkan sesiapa pun memohon penyekatan hasil carian yang memaparkan gambar bogel palsunya.[68]

Facebook ada menyatakan bahawa mereka tidak akan mengalih keluar teknologi ini daripada pelantar mereka.[69] Sebaliknya, video tersebut akan dilaporkan sebagai palsu oleh pihak ketiga dan dikurangkan keutamaannya dalam suapan pengguna.[70] Tindak balas ini dikeluarkan pada Jun 2019 apabila sebuah palsu tulen yang memaparkan video Mark Zuckerberg pada tahun 2016 tersebar di Facebook dan Instagram.[69]

Tindak balas undang-undang

Di Amerika Syarikat, terdapat beberapa maklum balas mengenai masalah yang diakibatkan oleh teknologi ini. Pada tahun 2018, Akta Pelarangan Palsu Tulen Hasad (Malicious Deep Fake Prohibition Act) telah dikemukakan kepada Senat AS,[71] manakala pada tahun 2019, Akta Kebertanggungjawapan Deepfake (DEEPFAKES Accountability Act) telah dikemukakan kepada Dewan Perwakilan.[10] Beberapa negeri turut mengemukakan undang-undang berkenaan teknologi ini termasuk Virginia,[72] Texas, California, dan New York.[73] Pada 3 Oktober 2019, gabenor California, Gavin Newsom, menandatangani kelulusan rang undang-undang No. 602 dan No. 730.[74][75] Rang undang-undang No. 602 memberikan orang perseorangan yang menjadi sasaran kandungan deepfake seks yang eksplisit yang dihasilkan tanpa kebenarannya sebuah kuasa tindakan terhadap pencipta kandungan tersebut.[74] Rang undang-undang No. 730 melarang pengedaran bahantara audio atau video bersifat jahat yang menyasarkan seorang calon yang mempertandingkan jawatan awam dalam linkungan 60 hari pemilihannya.[75]

Di United Kingdom, pembikin bahantara ubu boleh didakwa atas sebab gangguan, namun terdapat juga permintaan menjadikan penghasilan deepfake ini suatu jenayah yang khusus;[76] di Amerika Syarikat pula, dakwaan ini selalunya dianggap dalam linkungan jenayah pencurian identiti, intai siber dan pelucahan dendam. Begitupun, terdapat usaha untuk membincangkan statut yang lebih tuntas.[68]